Saturday, September 12, 2020

Baca Fatihah Tiga Kali Waqaf

 salam,


apa hukum baca al-fatihah 3 nafas je (3 kali berenti), sah ker

yakni;

bismillahirahmanirahimilhamdulillahiRabbil'alaminarrahimaaniRahiimiMalikiyaumiddin[berhenti]

Iyyakana'buduWaiyyanasta'iunuhdinassiraatalmustaqiim[berhenti]

Siraatallazinan'amta'alaihim.........ilal akhir

setau saya baca 7 waqaf sunat je.



********************************
Abu_Umair »


والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Di dalam pembacaan al-Quran, tidak ada waqaf wajib yang berdosa jika ditinggalkan, dan tidak ada juga waqaf haram yang berrdosa dilakukan. Kecuali jika ada sebab yang membawa kepada haramnya waqaf disebabkan ia mengelirukan dari sudut makna ayat.

Menjelaskan kaedah ini, berkata Imam al-Jazari:



وليس في القرآن من وقف وجب
ولا حــرام غــير ما له سبب

Maksudnya:
Tiada dalam Quran waqaf yang wajib,
Dan tiada waqaf haram kecuali yang bersebab.

Natijahnya, dalam bacaan Fatihah boleh dibaca samada dengan waqaf pada tiap-tiap ayat, atau dibaca tanpa waqaf kerana ia tidak menjejaskan makna.

Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment