Adalah menjadi kefahaman bahawa bacaan alFatehah adalah rukun solat. Persolan saya berapa kalikah yang dikatakan rukun tersebut. contohnya jika solat zuhur adakah semestinya 4 kali membaca Fatehah? bagaimana jika dengan tak sengaja/terlupa tidak membacanya disalah satu raka'at. Sekiranya disedari adakah perlu menambahkan raka'at dan sekiranya tidak disedari adakah sah solatnya?
sekian terima kasih
----------
Jawab:
1. alFatihah wajib dibaca pada setiap raka'at menurut Syafi'iyah dan Malikiah. Dalil: HR alBukhari dari Abu Qatadah ra," Nabi saw membaca alFatihah pd setiap raka'at." (Imam Qurthuby, Jami' li Ahkam alQur'an 1/117)
2.
a. Jika disedari. Tambah raka'at dan sujud sahwi
b. Jika tidak sedar, maka terangkatlah hukum (atas orang yg tidak sedar) dan solat itu sah. Ibid
Allahu a'alam
No comments:
Post a Comment