Saya ada beberapa kemusykilan.
1.Adakah bacaan Allahumma Solli Ada Saidina Muhammad Waala Alihi Wasahbihi Wabarik Wasallim termasuk dalam bacaan Selawat yg diajarkan oleh nabi?
2.Saya pernah tanya tentang ini.Berdasarkan pemahaman saya.makmum tidak perlu membaca al-fatihah pada Solat Jahr(boleh kata rakaat 1 & 2) atau membaca ketika imam berhenti seketa selepas al-fatihah.adakah kita perlu berhenti membaca al-fatihah sekiranya imam sudah mula membaca surah kerana setahu saya ada riwayat mengatakan "Apabila imam membaca maka diamlah kamu"
Adakah betul pemahaman saya?
3.Saya pernah baca mengatakan letakkan tangan sebelum lutut adalah sunnah nabi.Kemudian saya pernah baca mengatakan letakkan lutut sebelum tangan adalah sunnah.Riwayat manakah yg lebih kuat?Yg manakah merupakan sunnah nabi?
Terima kasih.
*************
kamin
Panel Feqh
Panel Feqh
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Quote:
1.Adakah bacaan Allahumma Solli Ada Saidina Muhammad Waala Alihi Wasahbihi Wabarik Wasallim termasuk dalam bacaan Selawat yg diajarkan oleh nabi?
Tidak ada masalah untuk membaca selawat ini diluar solat (mungkin ada typo error sedikit iaitu - 'Allahumma Solli Ada Saidina Muhammad' tukar kepada 'Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad').
Imam al-Suyuthi rh didalam al-Haraz al-Manee' berkata : Aku telah membaca didalam al-Tabaqaat oleh al-Taaj al-Subki (Tabaqaat al-Shaafa'iyyah al-Kubra (1/185)) mengenai suatu petikan dari bapanya yang berkata :
أحسن ما يصلى به على النبي صلى الله عليه وسلم بهذه الكيفية التي في التشهد
"Sebaik-baik cara berselawat kepada Nabi saw adalah sebagaimana kaifiat (cara) didalam Tashahhud."
Kata beliau :
ومن أتى بها فقد صلى على النبي صلى الله عليه وسلم بيقين ، ومن جاء بلفظ غيرها فهو من إتيانه بالصلاة المطلوبة في شك ؛
"Barangsiapa yang membawa (berselawat) begini, DENGAN PASTI (Yakin) dia telah berselawat keatas Nabi saw, akan tetapi barangsiapa yang datang dengan lafaz selainnya, dia telah melaksanakan selawat secara syak / tidak pasti (in doubt)".
Sahabat bertanya kepada Nabi saw :-
كيف نصلي عليك ؟ قال: " قولوا : اللهم صل على محمد وعلى آل محمد، كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد ". رواه البخاري ومسلم .
"Bagaimanakah cara kami berselawat diatas kamu? Kata baginda : Kamu katakanlah : Allahumma shalli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad, Kama Shallaita 'ala Ibrahim wa 'ala ali Ibrahim Innaka Hamidu Majid." [Hadith Sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Demikianlah gambaran selawat yang pasti diterima oleh Allah swt sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Suyuthi rh. WA.
Quote:
2.Saya pernah tanya tentang ini.Berdasarkan pemahaman saya.makmum tidak perlu membaca al-fatihah pada Solat Jahr(boleh kata rakaat 1 & 2) atau membaca ketika imam berhenti seketa selepas al-fatihah.adakah kita perlu berhenti membaca al-fatihah sekiranya imam sudah mula membaca surah kerana setahu saya ada riwayat mengatakan "Apabila imam membaca maka diamlah kamu"
Adakah betul pemahaman saya?
Soalan ini sering kala ditanya di al-ahkam. Membaca atau tidak membaca surah al-Fatihah didalam Solat Jahr merupakan khilaf (perselisihan pendapat) ulama'. Sila lihat URL dibawah mengenai perbincangan isu berkenaan :-
SJ-05-0289 : Kemusykilan yg saya hadapi
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33962
Quote:
3.Saya pernah baca mengatakan letakkan tangan sebelum lutut adalah sunnah nabi.Kemudian saya pernah baca mengatakan letakkan lutut sebelum tangan adalah sunnah.Riwayat manakah yg lebih kuat?Yg manakah merupakan sunnah nabi?
Kedua-dua kaedah turun untuk sujud mempunyai hadith yang tsabit dari Nabi saw . Sila layari URL dibawah untuk membaca perbincangan lanjut :-
SJ-2524 : Hadis terbalik? (kaedah turun sujud)
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=12585
Sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment