Saturday, September 12, 2020

Angkat Tangan Takbir Ketika Ruku' dan Bangkit

 1) Apa hukum angkat tangan sewaktu nak rukuk dan bangun dari rukuk? Macam mana kalo tertinggal


2) Bagaimana pula untuk bangun pada rakaat ke-3 dan ke-4. Wajib ke sunat? Selama ni tau yg bangun dari rakaat ke-3 tu sunat je.Macam mana kalo tertinggal

3) Bagaimana cara utk angkat tangan bangun dari rakaat ke-3. Bangun dan berdiri tegak dulu - tangan ke bawah baru angkat tangan dan selepas jatuhkan mula fatihah? Atau semasa nak bangun tu tangan terus angkat takbir bila dah berdiri?



**************************************
Abu_Umair »

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Dituntut mengangkat kedua-dua tangan ketika (i) takbiratul Ihram, (ii) hendak rukuk (iii) bangun dari rukuk.

Malah, Imam Nawawi menukilkan ijmak bahawa sunat mengangkat tangan pada takbiratul ihram. Kata beliau:

اجمعت الامة على استحباب رفع اليدين عند تكبيرة الاحرام واختلفوا فيما سواها فقال الشافعي واحمد وجمهور العلماء من الصحابة رضي الله عنهم فمن بعدهم يستحب رفعهما ايضا عند الركوع وعند الرفع منه

"Ijmak umat bahawa sunat mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram. Dan mereka khilaf pada selain takbiratul Ihram. Syafie, Ahmad dan majoriti ulama dari kalangan sahabat dan tabien selepas mereka berpendapat sunat mengangkat dua tangan ketika mahu rukuk dan ketika bangkit darinya". (Syarah Sahih Muslim 4/95).

Walaubagaimana pun, nukilan ijmak bahawa ia sunat dipertikaikan oleh sebahagian ulama. Kerana ada ulama mengatakan wajib. Pun begitu, menurut Ibn Abdil Barr, walaupun ada ulama mengatakan wajib, tetapi tidak ada yang menghukum sesiapa tidak mengangkat tangan batal solatnya, kecuali Al-Humaidy, setengah pengikut Daud dan riwayat dari Auzaie.

Secara kesimpulan, hukumnya di sisi ramai ulama ialah: SUNAT.

2. Hukum mengangkat tangan ketika bangkit dari tasyahhud awal (untuk masuk ke rakaat ke-3) juga adalah sunat. Kerana sabit perbuatan tersebut dalam hadis yang sahih.

Abdullah bin Nafie menceritakan perbuatan Ibn Umar:

وإذا قام من الركعتين رفع يديه ورفع ذلك ابن عمر إلى نبي الله صلى الله عليه و سلم


"Apabila beliau bangkit dari dua rakaat, beliau mengangkat dua tangannya. Dan Ibn Umar menyandarkan hadis ini sebagai marfuk kepada Nabi Sallallahu Alahi Wasallam". (Sahih Bukhari 706).

3- Mengenai cara mengangkat tangan untuk bangun ke rakaat ke-3, ialah bangkit tegak dahulu barulah mengangkat tangan. Bukan mengangkat ketika duduk. Kerana sabit dalam hadis sahih:

وَلاَ يَرْفَعُ يَدَيْهِ فِى شَىْءٍ مِنْ صَلاَتِهِ وَهُوَ قَاعِدٌ

"Dan baginda tidak mengangkat dua tangannya dalam mana-mana bahagian solatnya ketika baginda duduk".
Direkod oleh Abu Daud (no: 744), Tirmizi (no: 3423). Kata Tirmizi: "hadis hasan sahih". Disahihkan juga oleh Imam Nawawi dalam Majmuk 3/447.

Wallahu A'lam.

Bolehkah Solat Di Lantai Tanpa Alas

 Bapak Ustadz,


Assalaamu’alaium wr. wb.

Saya pernah membaca dalam uraian ustaz tentang dibolehkannya shalat di lantai rumah atau pejabat tanpa alas/sajadah asalkan tidak kelihatan ada benda najis yang tampak.

Saya menjumpai keadaan sebagai berikut: Di rumah saya ada seorang bayi berumur lebih dari 1 tahun dan sudah memakan makanan lain selain susu ibu. Kadang-kadang, air kencing bayi tersebut membasahi lantai rumah kami, dan kami hanya mengelapnya dengan kain basah. Setahu saya, ini bukan cara bersuci yang benar, kerana sepatutnya menggunakan air yang mengalir, bukan dengan lap basah.

Guru mengaji saya mengatakan hukum dari lantai rumah tersebut adalah najis hukmiyah meskipun bekas kencing bayi sudah tidak kelihatan. Kerana itu, menurut guru mengaji saya, tidak sah shalat di atas lantai rumah saya tanpa alas yang suci.

Pertanyaan saya:

1. Apakah ada pendapat ulama’ terdahulu tentang najis hukmiyah?
2. Sah atau tidak, shalat di lantai rumah yang kadang-kadang terkena kencing bayi tanpa disucikan dan bekas air kencing sudah kering/tidak tampak.

Terima kasih atas jawapan dari Ustadz,

Wassalaam,



<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jawapan

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Menghilangkan najis itu memang dilakukan dengan air sebagai medium untuk mensucikan. Namun bukan bererti air mesti dialirkan sehingga membanjiri benda yang kena najis.

Yang dimaksud dengan penggunaan air adalah bahawa sebuah najis dihilangkan dengan menggunakan medium air. Dan lap yang basah itu pada hakikatnya merupakan air juga. Sehingga najis yang ada dilantai boleh dihilangkan setelah hilang baunya, rasanya atau warnanya. Baik dengan menggunakan medium air atau pun medium lainnya.

Sebab inti masalahnya bukan pada airnya, melainkan semata-mata pada hilangnya najisnya itu, apapun mediumnya.

Yang sedikit lebih detail dalam masalah najis adalah mazhab Asy-Syafi’i. Di dalam mazhab Asy-Syafi’i sebagaimana yang tertwang dalam kitab Kasyifatus-Saja, disebutkan bahawa memang ada dua jenis najis.

Pertama adalah najis yang kelihatan kenajisannya. Najis ini disebut najis ‘ainiyah. Asal katanya dari kata ‘ain yang bererti mata, kerana najis itu kelihatan dengan mata telanjang. Yang menjadi ukuran adalah warna, rasa dan bau. Najis jenis ini dihilangkan dengan menghilangkan ketiganya.

Kedua adalah najis hukmiyah, yaitu najis yang tidak nampak oleh mata. Lantaran sudah tidak ada lagi rasa, warna atau bau. Najis jenis ini dihilangkan hanya dengan mengalirkan air di atasnya sekali saja.

Maka cara membersihkan lantai yang diketahui pasti pernah ada najisnya tapi sudah tidak kelihatan lagi adalah dengan cara menuangkan air di atasnya lalu dilap dan dikeringkan. Tentu saja bukan dengan membanjiri seluruh lantai, cukup pada bahagian yang diyakini pernah ada najisnya saja. Jadi cukup dengan sedikit air saja lalu dilap dan sucilah lantai itu.

Perlu diingat bahawa najis hukmi itu tidak boleh dibuat-buat dengan sangkaan-sangkaan. Tapi hanya ada manakala kita tahu pasti bahawa di lantai itu memang pernah ada najisnya. Kita tahu dengan mata kepala kita, bukan dengan meneka-neka atau menduga-duga. Sebab asal segala sesuatu adalah suci. Dan tidak pernah menjadi najis kecuali ada sebuah fakta nyata bahawa memang ada najis secara hakiki. Lalu bila najis itu tiba-tiba tidak nampak lagi, maka jadilah lantai itu najis hukmi.

Maka tidak mungkin terjadi tiba-tiba ada lantai yang najisnya menjadi hukmi. Tetapi pasti melewati proses najis ‘aini terlebih dahulu.

Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc.

http://www.eramuslim.com/ustadz/thr/6725032131-shalat-lantai-tanpa-alas-najis-hukmiyah.htm

Kucing Jilat Tapak Kaki Semasa Solat

 keadaan saya


1. kucing melintas di hadapan ketika solat.sah tak solat?
2. kucing manja2 jilat kaki ketika solat.sah tak solat?
3. pastu datang la lintasan hati "kucing ni kacau la" bagaimana nak atasi?

terdengar kisah zaman nabi.sahabat kusyuk solat sehingga tiang tumbang pun tak sedar.
boleh cerita lanjut lagi?




<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
thtl

Perihal kucing:

Hadith QAbu Qatadah


إنها ليست بنجس ، إنما هي من الطوافين عليكم - أو الطوافات -
الراوي: أبو قتادة الأنصاري المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 92
خلاصة حكم المحدث: حسن صحيح

"Kucing bukan najis, ia termasuk hewan jinak yang berada di sekeliling kamu." Sunan Termidzi, no 92, beliau kata hasan sahih.

Hukum2 berkaitan:

1. Jika kucing melintas pesolat.

Hukum: solat anda sah, kerana binatang yg disebut boleh mengganggu solat jika ia melintas ialah anjing hitam dan keldai sahaja.

2. kucing menjilat juga tidak membatalkan solat berdasarkan hadith di atas

3. lintasan hati itu berlaku kerana kurang ilmu. Bila kita dah paparkan jawapannya, maka selepas ini anda akan solat dgn aman.

sekian